Tuesday, 27 February 2024

2024.

Tak pasti berapa tahun menghilang tapi kali ni aku tak mahu tangguh lagi.

2024 adalah tahun aku menjadi 26. 26 adalah tahun mendewasa di mana kau sepatutnya sudah ada kestabilan dalam hidup dari segi pekerjaan, percintaan, dan kewangan. Kau akan secara automatik membanding-bandingkan kehidupan kau dengan orang lain lalu menimbulkan sedikit rasa iri hati dan berkata “di mana silapnya?” dan kau rasa sebersalah dengan Tuhan sebab apa sahaja perasaan negatif yang kau alami membuatkan kau kedengaran seperti hamba yang tidak ikhlas dan reda dengan ketentuanNya.

Sejujurnya, 26 dan ke atas adalah tahun di mana kau mula untuk tidak lagi bercerita tentang kisah tragik, perasaan duka lara atau mengadu domba kepada orang lain meskipun mereka adalah rakan-rakan yang kau nak tarik masuk syurga bersama. Kau mula simpan rapi kesemua itu sebab kau sedar bahawa tiada makna untuk meluah kerana tragedi kita hanyalah sekadar iklan radio yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau kau rasa apa aku tulis ini seperti tidak masuk akal, cuba kau ulang siar semula kisah-kisah sedih tentang kehidupan rakan-rakan yang pernah diceritakan mereka? Tiada kan?

Ini bukanlah sesuatu hal yang boleh dipersalahkan ke atas orang lain kerana kehidupan kita berbeza dan sendirian berhad. Masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi bak kata Malique. Apa yang boleh dibuat hanyalah memperbanyak tadahan tangan dan ciuman sejadah. Ulang dan ulang.

Memang sangat tipikal tapi apapun buat kalian yang sedang dalam kesedihan dan kesusahaan, bertabahlah dan bersabarlah. Menangislah jika mahu tapi harus kekal tabah. Lakukan apa yang perlu dan teruskan tawakal kepada Tuhan. Yakin bahawa apa yang berlaku di saat ini adalah satu proses ke arah sesuatu yang pernah kita hajatkan dulu.

Semoga kita semua baik-baik saja.

Wednesday, 19 February 2020

-

bismillah

this is definitely my first post for 2020 but probably my last post for this year too

my second semester as a 3rd year student is kinda depressing.
i feel like i dont belong here at all
maybe things would be better if im not around
maybe people would become happier without my presence


im sorry that im such a burden to everyone
im sorry that i couldnt do anything to change that

it's not like i dont want to accept any help
i just dont deserve any kindness from anyone

and i hope anyone who reads this wont feel the same thing in their lives