Friday 7 June 2013

well spent holiday with mi familia

Assalamualaikum wbt.

sudah sekian lama diriku ini telah meninggalkan blogku yang cantik menarik tertarik kau memang nget0p hamboi gitu. cuti sekolah tinggal 4hari je lagi boys&girls. dah siap homework belum??? dah basuh kasut belum??? dah stadi belum??? dah ready untuk dapat papers??? semestinya tidak kerana hobiku ialah menternak lemak di rumah wakaka. hari ini aku nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga terchenta pada em berapa hari yang lepas.

kami sekeluarga pergi ke Cherating, Pahang. kami bertolak pada jam 12 tengah hari. gila skema hahaha. sebelum pi sana, pi makan nasi minyak dulu dekat rumah imam muda (saja bagitau). dalam pukul 2 lebih la gerak pi Pahang. pi Pahang dengan jubah kooo. hahahaha. masa dalam kereta, biasalah frequency radio kan lain-lain so kitaorang tengah cari frequency era fm. radio kami tak buka kuat. slow je. lagu dengar sipi-sipi. masa tengah cari tu, abang pun bersuara. 

"ha dah dah ni la era"

lalu mama pun kuatkan volume. tiba-tiba, keluar lah satu lagu india ni. habis kami ketawa terbahak-bahak.

"ni memang lagu kau ni" kata aku. hahahaha.



setelah selamat sampai di Pahang dalam pukul 6, pergi homestay. kami tak tidur apartment macam saudara yang lain sebab homestay murah dan selesa lagi ceh gitu. dah sampai tu, solatlah, lepaklah, makanlah kami. malam tu pergi visit saudara makcik pakcik yang lain kat apartment diaorang. kebetulan malam tu ada perlawanan bola sepak JDT vs Pahang. go JDT go!!! hahahah yang tak menahannya kami semua orang Johor tapi pi Pahang. bak kata Aishah, "belot eh ko!!" akhirnya JDT menang yay! lepastu balik homestay dalam pukul 12 pagi camtu.

esoknya, pergi Terengganu. balik hari. yang aku tak faham, pasai pa tidur Cherating kalau nak pi Terengganu??? ni lah susahnya plan mengejut. ai pun tak suker taw. lepas Subuh, siap-siap. dalam pukul 8 dekat 9 juga lah kami dah siap. bila call saudara lain, katanya tengah tidur. aik kata lepas subuh terus gerak ni apa citer ni orang ngantuk tau hahaha. dalam perjalanan, mestilah singgah beli tu ini makan minum maklumlah lapo lagi even lepas breakfast. dah sampai ganu, terjumpalah dengan sedara lain dan pada saat itu lah katanya nak konvoi. kononnya. last-last, family aku je pergi Taman Tamadun Islam, yang lain pergi Pasar Payang. ah tak kira ko lantak ko nak buat cemana kan. dalam bilik wuduk tu giler ramai orang sesak napas lol. lepas solat zuhr tu, apa lagi bergambaq la.


cara aku berpakaian memang simple. asal aku tutup aurat, aku suka. Alhamdulillah.


najwa, mama and myself.

kemudian, kitaorang pi Pasar Payang. ni tak payah citer ah memang sesak gilers koo0o. jalan, jalan, jalan pastu terjumpa saudara yang lain. fuyyoh lama gila depa kat sana. shopping banyak letew. haha. mama beli kain sikit je. pastu kitaorang blah. nak dekat pukul 4.30 time tu. sebelum balik homestay, singgah Rantau Abang. Subhanallah cantiknya ciptaan yang Maha Kuasa. Allahurabbi. rasa nak teghejun je time tu. sampai homestay dalam pukul 9. lama gila kan. makanan dekat Pahang sumpah mahal. nasi goreng ayam RM6 wei kat Johor baru RM4. time tu aku dah rindu yang amat kat Johor. hamboi rakyat Johor tegar ni.


cantik kan Rantau Abang? Subhanallah.

pada hari ketiga kitaorang kat sana, pe lagi kalau tak mandi pantai kat Cherating tu! pasir dia cantik. aku siap buat istana lagi dengan mama wakaka. istana lah sangat aku tengok macam bukit je wakaka. yang lelaki main bola sepak. cool gila. suasana serious cantik sebab dah hari Isnin, orang kerja. so pantai pun tak ramai. serious tak. tak lebih 60 orang pun. seronok kan?! cuba imagine. haha. dah mandi pantai, nak mandi kolam pulak. layankan si Irfan. yang lelaki main bola tampar. ada yang dah balik bilik time tu. kitaorang je cam bebudak. opsss! sebelum tu, aku mandi semua ni kat apartment saudara aku tu. kehkehkeh.



gambaq candid gitu.

lepas mandi dah salin baju, pergi tengok penyu. aku tak ingat nama tempatnya tapi yang penting sebelah Club Med. aku tak minat sebenarnya pi tengok penyu ni em sorry em hahahaha. so aku tengok macam "oh ni penyu macam kura-kura je tapi version besar ok tu je dah" tapi comel tau anak dia! pi lah ajak adik-adik pi sana mesti diaorang excited gilersss. lepastu balik homestay, kemas sebab nak checkout. dalam pukul 2 gerak. tetiba mama ajak pi singgah Gambang ceh nak tahu Gambang tu cemana.

"jom la pergi Gambang nak tengok macam mana" mama kata. 

"rumah tu dah berapa hari tinggal" balas ayah. hahahah ayah tak nak pergi sebenarnya.

tapi kitaorang pergi juga sebab nak tengok macam mana. lawa gila tempatnya. Arabian lah, Caribbean pun ada. tapi tak mandi pun. balik juga. yelah mengenangkan ayah yang rindu kat rumah ni wakaka. otw balik, singgah rumah atuk. dalam pukul 10 gerak balik Muar. maka sampailah kami di rumah pada jam 11 lebih. ni sebenarnya family day tapi tak tahu nak panggil family day ke tak sebab ramai yang tak ada lepastu macam tak well planned. bidan terjun kata paktam. rindu family day masa di Cameron and Pangkor. best! masa P.Langkawi cuma 3 keluarga je ada tapi Alhamdulillah lancar. seronok. kalau ramai ada tapi tak rancang elok-elok, tak best juga kan? tak apa. ni mungkin pengajaran. haih tak sabar untuk family day yang akan datang! jap ada ke? katanya nak buat bulan 12. jangan time result pmr aku keluar, sudahlah.........


muka seghious pikiaq pasai pmr.


PMR: less than 120 days.
trial: less than 55 days.


No comments:

Post a Comment